Sunday 16 March 2014

REVIEW : NIVEA IN-SHOWER BODY LOTION SKIN CONDITIONER


Hai hai hai ! 


dah lama tak update blog. sorry. hihi. bukan apa, busy sikit sejak kebelakangan ni .. *alasan itu semua~~


So, untuk entry ni eiqa nak buat preview sikit pasal produk NIVEA yang baru ni. Korang mesti tahu kan pasal produk ni. Yelah, kat tv tu kan hari-2 asyik diulang-2 iklan yang sama sahaja.

Hari khamis haritu eiqa berkesempatan pergi Watson kat Dataran Senawang. Eiqa sebenarnya memang lupa gila nak beli produk baru ni tapi nasib baik time eiqa jalan-2 kat rak tu, mata eiqa terus tertancap kat produk ni. hihi nasib baik. So, dengan gelojohnya eiqa terus capai produk tu and terus masukkan dalam bakul.

Sampai je kat rumah, eiqa terus capai tuala mandi and produk baru ni and terus masuk bilik air utk mandi. Eiqa beli yang for Normal Skin sebab kulit eiqa bukan jenis yang kering.




Yang untuk normal skin ni ia diperkaya dengan Sea Minerals yang akan membuatkan kulit korang sentiasa lembut.

And tapi kalau kulit korang jenis yang kering, belilah yang ini.


Ia diperkaya dengan Almond Oil untuk perlembapan kulit yang tahan lama.


Hanya ada 4 langkah mudah:

1. BASUH - Mandi dengan sabun badan korang macam biasa dan bilas.

2. SAPU - Sapu NIVEA In-Shower Body Lotion kat seluruh badan korang.

3. BILAS - Ia akan dengan serta-merta diserap oleh kulit korang dan kemudian korang boleh bilas.

4. BERSIAP -Keringkan badan korang dan korang boleh terus bersiap ! 


Boleh dikatakan masa first time eiqa pakai produk ni , memang dah boleh rasa kulit bertambah lembut. Licin je aku rasa.

So, kalau korang nak kulit korang bertambah lembut dan licin, cubalah produk ni dan rasai perbezaannya sendiri !

So thats all. See you in the next entry ! Annyeong