Sunday, 16 March 2014

REVIEW : NIVEA IN-SHOWER BODY LOTION SKIN CONDITIONER


Hai hai hai ! 


dah lama tak update blog. sorry. hihi. bukan apa, busy sikit sejak kebelakangan ni .. *alasan itu semua~~


So, untuk entry ni eiqa nak buat preview sikit pasal produk NIVEA yang baru ni. Korang mesti tahu kan pasal produk ni. Yelah, kat tv tu kan hari-2 asyik diulang-2 iklan yang sama sahaja.

Hari khamis haritu eiqa berkesempatan pergi Watson kat Dataran Senawang. Eiqa sebenarnya memang lupa gila nak beli produk baru ni tapi nasib baik time eiqa jalan-2 kat rak tu, mata eiqa terus tertancap kat produk ni. hihi nasib baik. So, dengan gelojohnya eiqa terus capai produk tu and terus masukkan dalam bakul.

Sampai je kat rumah, eiqa terus capai tuala mandi and produk baru ni and terus masuk bilik air utk mandi. Eiqa beli yang for Normal Skin sebab kulit eiqa bukan jenis yang kering.




Yang untuk normal skin ni ia diperkaya dengan Sea Minerals yang akan membuatkan kulit korang sentiasa lembut.

And tapi kalau kulit korang jenis yang kering, belilah yang ini.


Ia diperkaya dengan Almond Oil untuk perlembapan kulit yang tahan lama.


Hanya ada 4 langkah mudah:

1. BASUH - Mandi dengan sabun badan korang macam biasa dan bilas.

2. SAPU - Sapu NIVEA In-Shower Body Lotion kat seluruh badan korang.

3. BILAS - Ia akan dengan serta-merta diserap oleh kulit korang dan kemudian korang boleh bilas.

4. BERSIAP -Keringkan badan korang dan korang boleh terus bersiap ! 


Boleh dikatakan masa first time eiqa pakai produk ni , memang dah boleh rasa kulit bertambah lembut. Licin je aku rasa.

So, kalau korang nak kulit korang bertambah lembut dan licin, cubalah produk ni dan rasai perbezaannya sendiri !

So thats all. See you in the next entry ! Annyeong

Tuesday, 4 February 2014

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014



Assalamualaikum .. haii korang.


So, ini adalah giveaway yang pertama eiqa join since dah masuk 2014 ni. Eiqa harap eiqa ada rezeki untuk dapat hadiah dalam giveaway ni. Aminnn :)






Syarat-syarat @ Cara Penyertaan

1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia

2) Buat Entry bertajuk "IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014"

3) Letak banner IntaNBerliaN Mega Giveaway 2014 dalam entry

4) Letak link sponsor dalam entry

 5) Hantar link entry u all ke kotak komen entry ini

 6) Nak lagi senang, copy je entry ni.. (",)

TARIKH TUTUP : 16 FEBRUARI 2014
KLIK SINI JIKA NAK TENGOK HADIAH 
PEMENANG DIPILIH SECARA CABUTAN BERTUAH.. ALISHA YANG AKAN CABUT UNDI (",)



so thats all. anyeong. byeeeee xDD 


Monday, 3 February 2014

Everything is NEW



Assalamualaikum .. haii korang.

Seperti yang korang tengok, blog eiqa dah berwajah baru. Bukan blog je, url pun dah baru... segala-2 nya baru ! Sebab apa ? Sebab eiqa dah padam blog yang lama atas sebab-2 yang tertentu. Memang sedih, tapi nak buat macam mana kan ? Redha jelahhh ... huhuhu
 


Bagi yang kawan-2 yang bertanya .. terima kasih lah sebab korang concern kat aku. sayang jugak korang kat aku kan.. kekeke. Tapi memang dah lama jugakk lah eiqa tak berblog ni .. since SPM 2012 .. so dah setahun 3 bulan lebih jugaklah .. ni pun bila nak buat blog balik, satu hape pun tak ingat. Seriously. Rasa macam dah kena amnesia pulak. hahaha


Terpaksa jugak lah bukak tutorial macam mana nak buat tu .. macam mana nak buat ni .. Letih jugak lah nak belajar ilmu berblog ni balik. tapi takpelah. dugaan kan. sabar je lahhh ..


so thats all. eiqa harap korang support lah eiqa ehh.. thank you guys xDD


so, till then. annyeong. byeeeeeee